Showing posts with label Fakta atau Auta. Show all posts
Showing posts with label Fakta atau Auta. Show all posts

Sunday, February 5, 2012

Mediafire direct link Premium

sape yang suka download yang guna mediafire boleh guna get link direct download yang aku jump kat mr google.
boleh menambah laju download mediafire korang.

langkah-langkah menggunakan :

1 )masukkan link mediafire kat insert link ,
2 )pastu korang tekan getlink,
3 )bil korang dah tekan getlink , tekan direct link
4 )pastu korng download la.


nak cpat lagi korang kena guna software idm la. tq



(ex: http://www.mediafire.com/?f142u7hwlnm45v2 or mediafire.com/?f142u7hwlnm45v2 or f142u7hwlnm45v2 )

Password protected: Add / suffix with |[**PASSWORD**] after URL/ID
(ex: http://www.mediafire.com/?slk00vdrxw3q0f0|heru-wahyuno.blogspot.com and so on )



Insert Link:










credit to http://project.krakenstein.net/hardcoded/mediafired/
hasil crian dri mr google.



Tuesday, January 24, 2012

KURSUS .... JENAZAH vs KAWEN ?????

KAWEN ------> JENAZAH ? * kursus ok ! * mane yg wajib d utamakan ???? ok , bg zie b4 kt kan terkinja2 amik kursus kawen sbb sebok nak kawen , cb tnye dr sndr dlu sudah ke belom kt amik kursus jenazah ??? kalo bab2 nie ramai yg geli or wat2 xtau pdhl bnde nie kt wajib tau , betol ko uols kat skolah sedikt sebanyk kt ade belajar kan tp sejauh mane ilmu kiteeee ???? ini penting ko uols mne tau ttbe dlm fmly kt 2 ade yg menggal , xlst kan kt as hmba Allah nie kt tau nak hndle ... ye ke x uols ???? hehe ... bkn 2 je ok mne la tau kalo mak ayh kt ke , xkn nk pnggl org urus 100% maaaa ? mne t'jwb sbg ANAK ??? kan , so pk2 la k uols ....


Monday, January 23, 2012

tip penjagaan payudara wanita

Beberapa gerakan senaman di bawah ini boleh membantu memperindahkan payudara Anda:

1. Luruskan tangan sehingga posisi badan bahagian atas akan terangkat. Ulangilah gerakan ini sampai 10 hitungan. Bila sudah terbiasa melakukannya, tambahlah gerakan menjadi 20 hitungan.

2. Berdiri dengan posisi kedua belah tangan ke belakang sambil menggenggam benda yang agak berat/tongkat.

3. Bongkokkan badan ke depan sampai bahagian punggung menjadi datar. Kemudian gerakan kedua belah tangan seperti hendak meraih sesuatu yang tak terjangkau secara bergantian. Lakukan gerakan ini sebanyak 20 kali.

4. Tangan di depan dada (bersedakep). Lakukan gerakan mendorong dengan kekuatan yang bertumpu pada otot-otot bahu, maka otot-otot bahu dan otot-otot di sekitar payudara terasa mengencang. Ulangi gerakan ini sampai 20 kali hitungan. Bila sudah terbiasa dapat ditingkatkan menjadi 100 hitungan.

Selain melakukan senaman, ada beberapa hal lain yang dapat dilakukan dalam perawatan payudara. Misalnya dengan pengurutan (massage), dalam hal ini pengurutan harus dilakukan secara yang betul. Pengurutan yang salah, justru akan menimbulkan hal-hal yang tidak diinginkan. Untuk mengetahui cara pengurutan yang betul sila lihat video. KLIK DI SINI. Penyiraman air dingin waktu pagi pada payudara sangat baik, karena akan merangsang tisu-tisu dan otot-otot payudara. Ada beberapa hal yang harus diperhatikan dan dihindarkan dalam perawatan payudara ini.

Hindarkanlah:

- Mandi dengan air panas terlalu sering.

- Jangan tidur dengan posisi telungkup.

- Jangan terlalu sering tidak mengenakan "bra".

- Janganlah melakukan diet yang terlalu ketat, karena bila berat badan turun secara melonjak akan merusak bentuk dan keindahan payudara.

- Jangan memakai "bra" yang terlalu sempit. Pilihlah "bra" yang mempunyai dudukan yang enak dan selesa, sehingga tidak mengganggu pernapasan.

Kebanyakan wanita menjadi rendah diri bila memiliki payudara yang kecil. Hal itu sebenarnya tidak perlu terjadi, karena kini telah ada alat kesihatan seperti breast pump yang boleh membantu anda mendapatkan saiz payudara yang anda idamkan. Pun begitu payudara yang besar mesti bersama dengan tubuh badan yang sihat. Jadi kesimpulannya sangat penting untuk menjaga kesihatan badan secara keseluruhan dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Karena payudara yang sihat sudah tentu akan indah dan kelihatan montok.

Sunday, January 22, 2012

Bahaya guna Digi

Kajian tebaru mendapati Digi (016/014) tidak selamat digunakan.

Apabila anda guna line Digi dan rakamkan dalam camera, dan perhatikan elok-elok… . anda boleh perhatikan kelibat seekor penunggu bewarna kuning akan mangekori pengguna tersebut. Jin atau toyol kuning ini akan ikut anda ke mana-mana: laut, gunung, hutan, dalam komuter, malahan dalam kereta lalu kat terowong pun dia ada gak.

Tak seram ke bila sentiasa diekori macam tu? Dah lah botak, pendek, tembam dan berwarna kuning cerah, makhluk ni jugak akan mengajuk-ajuk pergerakan anda! Pada masa yang sama, mereka akan menari-nari dan menyanyi lagi “I will follow You” dari filem ‘Sister Act 1′ yang diubahsuai liriknya.

So, hati-hati dengan pengguna Digi yang dekat dengan anda, kerana anda diperhatikan. Gunalah Celcom atau Maxis

P/s: Ni bukan rekaan. Tetapi saya lihat sendiri dengan mata saya kat TV baru-baru ini. Unbelievable? Believe it!

Tahun Baru Cina/ chinese new year

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,[1] Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).

Surat untuk perempuan baik Dosa Cinta

Salam, kiriman ini juga merupakan salah satu kiriman yang aku memorikan bertahun-tahun lamanya dalam otak kerdil aku ini. Selama bertahun-tahun aku melihat rakan-rakan bercinta…kini aku luahkan kecewa aku . Kritik aku jika aku salah , puji aku jika aku benar.

Cinta pada aku suci..bersih…putih umpama kain sutera. Tapi aku tak faham kenapa manusia suka memalitkan nafsu dosa mereka pada sutera cinta ini. Bila melihat rakan-rakan, budak-budak sekolah hingusan berpegangan tangan …aduh..gatal-gatal kulit aku. Aku alah dengan benda-benda macam ni. Tak bolehkah cinta itu diluahkan tanpa sentuhan atau berpegangan tangan?

Lebih berat lagi, ada yang berpelukan dan ada yang bercumbuan di taman, di tempat awam ataupun di laman maya….arghh..! Berkerut dahi aku melihat mereka …boleh kena sawan. Tak dapat aku bayangkan jika ibu bapa mereka boleh melihat sahaja, seolah-olah membenarkan perilaku anak remajanya begitu.

Kolot.. ketinggalan zaman…kurang pengalaman bercinta .. lelaki kecewa .. ?
Mungkin itu akan terkeluar dari mulut hati kamu semua. Cinta itu merupakan perasaan yang tidak boleh dipadam atau dielakkan. Cinta itu halal, cuma bila nafsu menguasai akal dan tubuh badan, hukumnya menjadi haram bila kita melampaui batas pergaulan.

Tidak bolehkah kita bercinta tanpa berpegangan tangan, tanpa pelukan, tanpa cumbuan sebelum sampai Hari Bahagia itu ? Kalau sudah berpegangan tangan, bercumbuan-bumbuan sebelum berkahwin …jangan salahkan pasangan sendiri apabila 2,3 tahun selepas berkahwin timbul rasa jemu, tangan yang sama juga dipegang sejak 10 tahun lalu.

Cuba fikirkan…Bukankah lebih manis jika kali pertama si dia pegang tangan kamu ialah hari di mana kamu berdua diijab qabulkan, hari di mana air sembahyang kamu berdua dibatalkan, hari di mana si dia menyarung cincin pada jari putih kamu. Bukankah lebih manis lagi, jika kucupan pertama itu ialah kucupan di hari nikahmu, kucupan di dahi tanda janji sayang sehidup semati disaksikan wali dan saksi ?

Perempuan baik, dengar nasihat ini.
Perempuan baik, lindungilah leher dan rambutmu.
Selimutilah tubuhmu, jangan diperlihat pada kekasihmu.
Belum tentu si dia itu sehidup semati dengan kamu.
Bataskan pergaulan kamu, tundukkan pandangan kamu.
Kawal suara merdumu, jauhkan tubuh kamu dari kami.

Perempuan baik ..peliharalah nasihat ini.
Nasihat dari kami… lelaki yang lemah ini.

Baju Kebaya Tarikan Seksual zaman sekararang

Baju kebaya dikatakan satu warisan melayu yang mahu dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman. Pelbagai aktiviti mahupun kempen diadakan bagi memupuk jiwa kekebayaan dalam diri rakyat Malaysia. Jelaslah, pemakaian kebaya diterima dan disambut meriah oleh semua golongan terumata golongan remaja.

Baju kebaya kerap kali diperagakan ketika hari raya ataupun event-event yang memerlukan seseorang itu menyerlah dan menjadi tumpuan ramai. Selalunya setiap perempuan yang merasakan dirinya cantik mempunyai sekurang-kurangnya sepasang baju kebaya.

Soalnya disini, adakah budaya yang mahu dipelihara ini betul-betul berguna bagi masyarakat? Jika dari segi kebudayaan, memang ianya satu unik dan menarik untuk dipamerkan, dari segi coraknya mahupun tarikan seksualnya bagi lelaki.

Pakaian sendat yang menampakkan kemontokan tubuh badan yang gebu lagi masam itu jelas memainkan watak penting dalam merosakkan iman si pemerhati. Jika dilihat, pemakaian kebaya itu lebih berkesan jika dipakai secara ketat sehingga susah nak bernafas bagi menyesuaikan diri kepada si pemakai. Lebih ketat, lebih Ummph.

Tidak cukup dengan itu, selalunya pemakaian kebaya ini disesuaikan dengan kain yang jarang supaya menampakkan bahagian dalam yang sememangnya diingini bagi setiap yang bernama lelaki. Walaupun jarang, tetapi selalunya kebaya dikenakan dengan pakaian dalam kononnya dapat menutup apa yang tersirat.

Bertepatan dengan proses pemodenan, pemakaian batik juga harus disesuaikan dengan fesyen tidak bertudung anak gadis zaman sekarang. Jadi, alang-alang tidak bertudung, kain kebaya dicarik-carik bagi menampakkan betis yang putih mahupun yang hitam. Jadi, lengkaplah pakej pemakaian kebaya moden malaysia.

Apa relevannya pemakaian seperti ini dipelihara? Adakah kerana semata-mata mahu mengagungkan budaya sampaikan menolak syarak.

7 Ayat Manis Yang Akan Membuatkan Pembaca Jatuh Cinta

Menurut laman web 60 Second Marketer, terdapat 7 ayat yang boleh kita gunakan bagi menarik perhatian pembaca, dan mencipta persepsi yang baik terhadap entri yang diterbitkan. Secara tidak langsung, meningkatkan peluang untuk menjadikan entri ini sebagai entri viral.

1. Percuma – Manusia suka pada benda percuma. Lebih banyak kita berikan barang percuma kepada pembaca, lebih tinggi penghargaan mereka terhadap blog kita. Contoh entri adalah seperti, “15 Kaedah Percuma Untuk Membuatkan Pelanggan Mencintai Bisnes Kita.”

2. Jimat – Jimat merupakan ayat yang dapat mempengaruhi pembaca menerusi minda separuh sedar. Mereka akan meletakkan perspektif yang bagus terhadap entri yang mempunyai ayati ini. Sebagai contoh, “Bagaimana Menjimatkan Bil Telefon Bimbit Sebanyak RM300 Setiap Bulan”

3. Jamin – Menurut Carmine Gallo, apabila wujud ayat jaminan, ia dapat meningkatkan 20% rasa minat untuk mengetahui maklumat lanjut, atau mendorong untuk melakukan sesuatu. Contohnya, “Saya Jamin Cara Ini Dapat Membantu Anda Buat Duit Dengan Blog.”

4. Baru – Baru adalah perkataan yang dapat memaparkan inovasi baru dalam topik yang dibicarakan. Sebagai contoh, “Cara Baru Untuk Memikat Gadis Akhirnya Terbongkar.”

5. Terbukti – Ayat ini dapat menjadikan pembaca bermotivasi untuk membaca entri blog kita. Contoh tajuk, “10 Kaedah Terbukti Berkesan Untuk Buat Duit Di Internet.”

6. Selamat – Ia dapat mencerminkan entri yang baik, khususnya di mata pembaca yang mempunyai minda yang negatif. Contoh tajuk, “Membina Backlink Pantas – Cara Selamat dan Mudah Diaplikasi”

7. Mudah – Mudah dapat menimbulkan kontroversi dan perspektif baru di mata pembaca. Manusia suka pada perkara-perkara yang mudah dilakukan. Antara tajuk yang dapat memikat hati mereka adalah, “Tip Mudah Untuk Menjadi Penulisan Jutawan.”

Apabila ingin menulis tajuk entri blog menggunakan ketujuh-tujuh ayat di atas, pastikan kita tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada pembaca. Ia adalah satu tindakan yang berisiko. Apabila kepercayaan mereka sudah retak, yakni mereka mendapati entri blog kita tidak mempunyai maklumat seperti tajuk, maka kesetiaan pembaca akan pudar.

10 ayat menggoda

1) Jika kecantikan itu adalah waktu, kamu adalah keabadian.

2) Boleh tunjukkan saya jalan? Jalan ke hati kamu.

3) Kamu tidak sepatutnya bersolek. Ia melindungi kesempurnaan yang ada pada wajah kamu.


4) Tiada perkataan di dalam kamus yang dapat menterjemahkan kejelitaan kamu,

5) Ada sesuatu yang tidak kena pada telefon bimbit saya. Ia tidak menyimpan nombor telefon kamu.

6) Saya kehilangan nombor telefon saya. Boleh beri nombor telefon anda?

7) Tentu ada masalah dengan mata saya kerana ia tidak boleh berhenti daripada melihat kamu.

8) Jika kamu adalah air mata, saya tidak akan menangis walau sekalipun kerana tidak mahu kehilangan kamu.
9) Oh tidak...gigi saya sakit. Kerana kamu terlalu manis...


10) Kamu seperti magnet kerana saya tertarik merapati diri kamu

Kahwin Muda – Antara Kebaikan dan Keburukan

Umum sudah tahu, kahwin adalah satu fitrah kejadian semulajadi manusia. Kahwin juga satu sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka bila mana kita berkahwin, alhamdulillah, kita sudahpun mengikut salah satu daripada sunnah Nabi. Persoalan bagaimana kita melaksanakan sunnah itu juga perlu diberi perhatian dan penelitian yang mendalam. Topik kali ni rasanya cukup relevan dengan suasana kita sekarang. Suasana musim cuti yang akan datang beberapa hari lagi.

Senario “asal cuti sekolah atau cuti umum saja, berderet-deret kad jemputan yang bertempek di meja kita” seakan sudah lali bila tiba musimnya. Tak keterlaluan saya katakan, asal cuti saja, ada majlis kahwin, asal kahwin saja, mesti tengah cuti (dah masa cuti saja yang ada masa, ‘time’ ni la nak kahwin pun kan?).

Kahwin muda iaitu berkahwin pada usia yang muda. Berapa lingkungan umur yang kita boleh katakan sebagai muda? Iyalah, takkan 50 tahun pun kita masih katakan muda melainkan berkahwin isteri muda. Itupun isteri dia yang muda, dia tetap jua sudah berumur. Namun, ada yang berkata, “ape ade pada umur?”. Muda itu subjektif. Kalau dah diri rasa muda walaupun kulit dah berkedut sejuta, muda tetap muda sebab ianya lahir dari dalam diri yang sentiasa terasa muda. Betul ke?

Apa kebaikan atau keburukan kahwin bini muda?

Apa kebaikannya berkahwin muda? Jadi, saya ada beberapa kebaikan kahwin muda yang saya boleh senaraikan, antaranya ialah:

Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti (sape tak nak jadi kebanggaan Nabi SAW kan?).
Elak mendekati zina (ni memang tepat lagi jitu, yang halal dah ade, nape masih nak cari yang haram?)
Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial (yela, sape nak marah kalau kite ‘berkepit-mepit’ ngn isteri sendiri, suke hati kami la..lalalalala)
Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima (iyela, dah ada yang tersayang di sisi, sejuk jer..)
Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’ (tak perlu lagi risau awek akan dikebas orang..hikss)
…
…

Antara keburukan kahwin muda pula;

Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan (lagi teruk kalau kes kahwin ‘terpakse’..adeh..).
Rasa diri masih bujang (ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..).
..
…

Itu saja antara senarai yang sempat saya titipkan. Mungkin anda punya pandangan dan pendapat, sebab anda mungkin:

sedang merancang nak kahwin lari
anda juga kahwin muda
anda seorang ayah@ibu, yang punya anak nak kahwin muda
anda merancang nak ‘tambah’ cawangan yang muda(kalau ade..)
anda dah punya si abang @ si buah hati, tapi…

Anda sedang merancang perkahwinan? Pening memikirkan mana nak tambah duit untuk beli segala macam? Saya cadangkan panduan ini, mungkin boleh memberi anda idea untuk tambah duit belanja kahwin.

Jenis-Jenis Perempuan yang Sanggup Bermadu

#1 Perempuan yang sanggup menjadi isteri kepada lelaki-lelaki yang sudah berkahwin.
#2 Isteri pertama yang mandul.
#3 Isteri solehah yang ingin mendapatkan payung emas di Syurga.
#4 Isteri naif dan yang menurut perintah suami.
#5 Isteri yang tidak kisah berkongsi asalkan suami berlaku adil dan haknya tidak dicabuli.

FAEDAH PAYUDARA KECIL

Kepada wanita diluar sana ,anda tidak perlu risau atau bimbang dengan wanita yang mempunyai payudara lebih besar daripada anda.Jangan sesekali berasa rendah diri dengan saiz payudara anda yang kecil. Setiap kejadian pasti ada kebaikan.Begitu juga dengan payudara yang kecil.Berikut merupakan beberapa faedah payudara kecil:

1. Elak gangguan seksual

Kepada wanita berpayudara kecil, anda dapat mengelakkan diri daripada sekumpulan lelaki yang selalu memandang payudara dan suka membuat gangguan seksual terhadap wanita.

2. Penyayang dan setia

Kebiasaannya wanita yang mempunyai payudara kecil lebih penyayang dan setia terhadap kekasih atau suami dan jarang berlaku curang.

3. kepuasan seks lebih cepat

Kepada kaum lelaki, anda tidak perlu bimbang jika tidak dapat memuaskan isteri pada detik malam pertama.wanita payudara kecil lebih cepat teransang dan mempunyai waktu klimaks dengan cepat berbanding wanita payudara besar.

4. Berpakaian lebih sopan

Wanita payudara kecil berpakaian lebih bersopan dan tidak terlalu mendedahkan payudara seperti wanita berpayudara besar.

5. Bebas melakukan aktiviti sukan

Melakukan aktiviti sukan seperti olahraga dengan tenang kerana tidak perlu risau kerana payudara kecil lebih ringan. dan senang dibawa kemana-mana.

6. Tidur pelbagai posisi

Payudara yang kecil lebih memudahkan seseorang untuk tidur dengan pelbagai posisi sekalipun.Contohnya tidur meniarap dan menyiring.

7. Selesa tanpa coli

Payudara kecil lebih selesa walaupun tanpa memakai coli dan bentuk payudara tidak begitu ketara disebalik pakaian.

Sumber: FAEDAH PAYUDARA KECIL | melvister.com

10 kebaikan/kelebihan berzikir


Menurut Syeikh Hakim Moinuddin Chisti, kita akan mendapat 10 kebaikan kesan dari berzikir. Antaranya ialah:

1. Dapat membentengkan diri daripada bisikan syaitan.
2. Orang yang berzikir akan dilimpahi keredaan Allah
3. Dimurahkan ruang rezekinya
4. Membangkitkan aura sahsiah peribadi murni
5. Menghidup dan menjernihkan hati.
6. Mukmin yang senang berzikir itu akan mencapai taraf hampir dengan Allah
7. Mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji
8. Berupaya membina fikiran yang positif dan dinamik
9. Bersedia untuk hidup penuh berani
10. Dapat menenggelamkan sifat munafiq



Pesan Imam Al-Bukhari: ‘Zikir adalah tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan. Berzikirlah setiap masa agar Allah sentiasa ingatkan kita setiap masa.’ Demikian indahnya wasiat beliau kepada kita semua. Biasakanlah hati dan lidah kita berzikir kepada Allah kerana inilah yang dituntut Allah kepada kita.

Allah ada berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud: ‘Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah ketika kamu berdiri atau duduk, dan ketika kamu berbaring.’

Insya-Allah melalui zikir kita dapat menyembuhkan penyakit hati daripada karat debu dosa yang dilakukan. Berzikir juga Allah janjikan akan mengangkat darjatnya seperti dikatakan oleh Rasulullah SAW: “Apakah kamu mahu aku ceritakan kepadamu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan yang paling bersih dalam pandangan Allah serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh kamu semua dan memotong leher mereka, dan mereka juga memotong leher kamu!” Kemudian sekalian sahabat bertanya: “Apakah itu wahai Rasul?” Baginda SAW menjawab: “Zikir kepada kepada Allah.” – Hadis riwayat Al- Baihaqi

Allah sangat menyukai orang yang lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah. Ingatlah bahawa Allah sudah menjanjikan ganjaran pahala yang banyak kepada orang yang berzikir. Hal itu jelas apabila Allah berfirman yang bermaksud: “Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.” – Surah Al-Ahzab ayat 35




Internet Banyak Mendatangkan Kebaikan Daripada Keburukan

Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas dan berikan alasan-alasan yang munasabah bagi menyokong hujah anda.

Kita harus mengikut arus semasa yakni internet merupakan satu budaya baharu dalam masyarakat kini. Lantaran itu, internet tidak boleh dipandang sebagai sesuatu yang berunsur negatif tetapi sebaliknya untuk memastikan rakyat dan negara ini standing dengan negara yang lain dalam mengejar arus pembangunan semasa. Maka, ada pelbagai impak positif yang dibawa oleh internet.

Internet merupakan satu budaya baharu yang memudahkan kehidupan manusia terutama dalam aspek komunikasi atau berhubung secara langsung dengan orang lain. Hubungan antara saudara mara yang tinggal jauh daripada kita termasuklah di luar negara maka internet boleh digunakan. Internet menjadikan komunikasi lebih cepat dan berkesan lalu mengeratkan hubungan antara manusia pula.

Manakala buat pelajar pula, internet pula boleh menjadi satu perpustakaan besar atau maya yang memberikan manfaat kepada pelajar. Semua maklumat atau informasi ini seolah-olah berada dihujung jari pelajar sahaja untuk memperolehnya. Maklumat yang diperoleh ini menjadikan minda pelajar lebih terbuka dan kreatif dalam menghadapi cabaran kehidupan zaman moden ini.

Pada masa yang sama kemudahan internet kini menjadikan banyak urusan harian dilaksanakan terutama aspek pembayaran bil-bil semasa. Kita sudah boleh membayar bil-bil elektrik, air dan telefon serta membuat pindahan kewangan lalu menjimatkan masa dan tenaga manusia. Kemudahan sebeginilah yang mampu menjadikan kehidupan manusia lebih bermakna akibat penggunaan teknologi moden ini.

Selain itu, internet juga membolehkan pelajar membuat permohonan secara terus atau ?on-line? untuk memohon kerja, biasiswa atau memasuki universiti. Semua kemudahan ini mampu untuk diperluaskan dalam aspek lain pula seperti urusan dengan pihak kerajaan dan mungkin juga bidang lain. Kehidupan manusia sudah pasti akan berubah dengan adanya kemudahan internet yang sebegini.

Kesimpulannya, kita sebagai ahli masyarakat tidak boleh berfikiran sempit dan beranggapan bahawa sesuatu yang baharu itu membawa kesan negatif sahaja. Sebenarnya kesan baik atau buruk sesuatu perkara itu banyak ditentukan oleh manusia yang menggunakannya. Namun, dalam aspek internet lebih banyak impak positif yang dibawanya daripada negative kepada kehidupan manusia.

keburukan seluar ketat

seluar ketat.aku rasa ramai gila kot blog yang sudah buat entri ni.tapi,aku nak jugak buat sebab aku nak research sikit.apa keburukan pakai seluar ketat? adakah pakai seluar ketat boleh buat kita gagal exam? adakah seluar ketat boleh buat kita single sampai bila-bila?haha.



jom kita terjah apa keburukannya.tapi yang pasti,semua keburukan ni aku fikir secara logik ye. maaf kalau bercanggah.sekadar pemikiran aku.


1)boleh menyebabkan mandul


cuba kita fikir, kita pakai seluar ketat dan secara tidak langsung cawat seluar pon ketat. kat situ terdapat bahagian penting orang lelaki yang menentukan kelelakiannya. kalau asyik hari-hari kita tak bagi ruang udara untuk dia bernafas sebab terlampau ketat, lama-lama dia pon boleh mati.sama macam manusia perlukan udara untuk bernafas.jadi,rugi sangat kalau muka dah jantan tapi yang bawah tu gagal berfungsi.




2)menimbulkan fitnah dan sesi mengumpat


yang ni memang selalu terjadi. dah kita pakai seluar ketat bagi nampak pusat sampai kaki, siapa yang tak mengumpatkan.tak kiralah yang pakai tu lelaki ke perempuan. mulalah orang lain fikir negatif dan sesi mengumpat berlaku.kalau kaki cantik,adalah mulut kata nak show off le tuh.kalau kaki besar gedabak,ada pulak yang ngumpat,dasar tak sedar diri,kaki besar pakai ketat-ketat.






3) nak buang air pon susah




betol ke x?aku tanya pada orang yang suka seluar ketat kan.nak bukak seluar tu pon dah take time berapa minit.kalau dapat tahan,ok lah.kalau dah tak dapat tahan,kan naya tuh. kalau berseluar longgar,senang je tarik kan. dapat pulak yang jenis saiz besar gedabak,lagilah susah nak bukak. kan asyik dok tahan kencing je,datang pulak sakit batu karang.kan bahaya tuh.






4)nak buat kerja susah


dah seluar ketat,nak berjalan pon terkepit-kepit.kan terkangkang sikit,terkoyak pulak seluar tuh.jalan pon semua cover ayu ala-ala miss Angola menang miss universe ari tuh.kan dah buat masalah je kat kita.nak langkah longkang pon susah,nak naik tangga pon terkepit-kepit.haish,seribu satu masalah.

10 kelebihan air alkali

Air ALKALI dalam tubuh di antaranya berfungsi menjaga kesegaran, membantu pencernaan dan mengeluarkan toksin. Namun, korang tahu tak bahawa banyak manfaat yang diperolehi daripada Air ALKALI (alkaline water), selain nikmatnya kesegaran. Ramai orang yang tidak mengetahui khasiat air alkali selain untuk menghilangkan dahaga saja. Air alkali dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit dengan cara yang mudah dan murah. Berikut merupakan 10 manfaat air alkali yang mungkin dapat kita jadikan panduan dan sumber air minuman seharian kita.

1. Memperlancar Sistem Pencernaan
Mengkonsumsi air alkali dalam jumlah cukup setiap hari akan memperlancar sistem pencernaan sehingga kita akan terhindari dari masalah-masalah pencernaan seperti sembelit. Pembakaran kalori juga akan berjalan secara lebih efisien.

2. Air Alkali Membantu Memperlambat Tumbuhnya Zat-Zat Penyebab Kanser
Meminum air alkali membantu mencegah penyakit ginjal/masalah buah pinggang dan hati. Minum air alkali akan membuat tubuh lebih bertenaga.

3. Perawatan Kecantikan
Bila kurang minum air alkali, tubuh akan menyerap kandungan air dalam kulit sehingga kulit menjadi kering dan berkerut. Selain itu, air alkali dapat melindungi kulit dari luar, sekaligus melembabkan dan menyihatkan kulit. Untuk menjaga kecantikan pun, kebersihan tubuh pun harus benar-benar diperhatikan, ditambah lagi minum air putih 8 – 10 gelas sehari.

4. Untuk Kesuburan
Meningkatkan produksi hormon testosteron pada pria serta hormon estrogen pada wanita. Menurut hasil penelitian dari sebuah lembaga penyelidikan di London, England , jika seseorang selalu mandi dengan air dingin maka peredaran darahnya lancar dan tubuh terasa lebih segar dan bugar. Mandi dengan air alkali dingin akan meningkatkan produksi sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan kemampuan seseorang terhadap serangan virus.

Bahkan, mandi di waktu pagi dapat meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Dengan begitu kesuburan serta kegairahan seksual pun akan meningkat. Selain itu jaringan kulit membaik, kuku lebih sihat dan kuat, tak mudah retak. Oleh itu biasakan mandi pagi dengan air pagi yang segar.

5. Menyihatkan Jantung
Air alkali juga diyakini dapat membantu menyembuhkan penyakit jantung, rematik, kerosakan kulit, penyakit saluran papas, usus, dan penyakit kewanitaan. Bahkan saat ini cukup banyak pengubatan altenatif yang memanfaatkan kebaikan dan keberkesanan air kosong.

6. Sebagai Ubat Stroke
Air alkali tak hanya digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit kulit, tapi juga efektif untuk mengubati lumpuh, seperti akibat stroke. Sebab, air tersebut dapat membantu memperkuat kembali otot-otot dan ligamen serta memperlancar sistem peredaran darah dan sistem pernafasan, meningkatkan pengaliran darah dan oksigenisasi jaringan, sehingga mencegah kekakuan otot, menghilangkan rasa nyeri serta menenangkan fikiran. Kandungan ion-ion terutama khlor, magnesium, hidrogen karbonat dan sulfat dalam air panas, membantu pelebaran pembuluh darah sehingga meningkatkan pengaliran darah. Selain itu pH airnya mampu mensterilkan kulit.

7. Efek Relaksasi
Air alkali mengandung ion negatif mampu meredakan rasa sakit, meneutralkan racun, memerangi penyakit, serta membantu menyerap dan memanfaatkan oksigen. Ion negatif dalam aliran darah akan mempercepat penghantaran oksigen ke dalam sel dan jaringan.

Bukan itu saja jika mengalami ketegangan otot dapat dilegakan dengan mandi air hangat bersuhu sekitar 37 darjah Celcius. Selagi kaki terasa pegal kita sering dianjurkan untuk merendam kaki dengan air hangat dicampur sedikit garam. Nah, jika memilik shower di rumah cubalah mandi dan nikmati hasilnya. Konon, shower juga menghasilkan ion negatif.

8. Menguruskan Badan
Air alkali juga bersifat menghilangkan kotoran-kotoran dalam tubuh yang akan lebih cepat keluar melalui air kencing. Bagi yang ingin menguruskan badan pun, minum air alkali hangat sebelum makan (sehingga merasa agak kenyang) merupakan satu cara untuk mengurangi jumlah makanan yang masuk. Apalagi air alkali ini tidak mengandung kalori, gula, ataupun lemak. Namun yang terbaik adalah minum pada suhu sedang, tidak terlalu panas, dan tidak terlalu dingin. Mahu kurus?, minum air alkali saja.

9. Tubuh Lebih Bugar
Khasiat air alkali tak hanya untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin lebih dapat bertahan kekurangan makan beberapa hari ketimbang kurang air. Sebab, air merupakan bagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

10. Penyeimbang tubuh
Jumlah air yang menurun dalam tubuh, fungsi organ-organ tubuh juga akan menurun dan lebih mudah terganggu oleh bakteria, virus. Namun, tubuh manusia mempunyai mekanisme dalam mempertahankan keseimbangan pengambilan air yang masuk dan yang dikeluarkan. Rasa haus pada setiap orang merupakan mekanisme normal dalam mempertahankan asupan air dalam tubuh. Air yang diperlukan tubuh kira-kira 2-2,5 l (8 – 10 gelas) per hari. Jumlah keperluan air ini sudah termasuk pengambilan air dari makanan (seperti dari kuah sup, soto), minuman seperti susu, teh, kopi, sirup. Selain itu, pengambilan air juga diperoleh dari hasil metabolisme makanan yang dikonsumsi dan metabolisme jaringan di dalam tubuh.

Air juga dikeluarkan tubuh melalui air kencing dan peluh. Jumlah air yang dikeluarkan tubuh melalui air kencing sekitar 1 liter per hari. Kalau jumlah najis yang dikeluarkan oleh orang sihat sekitar 50 – 400 g/hari, kandungan aimya sekitar 60 – 90 % berat najis pejal atau sekitar 50 – 60 ml air sehari.
Sedangkan, air yang terbuang melalui peluh dan saluran nafas dalam sehari maksimum 1 liter, tergantung suhu udara sekitar. Belum lagi faktor pengeluaran air melalui pernafasan. Seseorang yang mengalami demam, kandungan air dalam nafasnya akan meningkat. Sebaliknya, jumlah air yang dihirup melalui nafas berkurang akibat rendahnya kelembapan udara di sekitarnya.

Tubuh akan menurun kondisinya bila kadar air menurun dan kita tidak segera memenuhi keperluan air tubuh tersebut. Kardiolog dari AS, Dr James M. Rippe menyarankan agar minum air paling sedikit seliter lebih banyak dari apa yang diperlukan rasa haus kita. Sebabnya, kehilangan 4% cairan saja akan mengakibatkan penurunan prestasi kita sebanyak 22 %! Maksudnya, jika kita kehilangan 7% air, kita akan mulai merasa lemah dan lesu.
Semakin banyak aktiviti harian, maka sudah tentu lebih banyak pula air yang keluar dari tubuh kita. Oleh itu, pakar kesihatan mengingatkan agar jangan hanya minum bila terasa haus. Biasakan meminum air (terutama air kosong) dengan banyak, tidak kira semasa haus atau tidak kerana ianya merupakan satu tindakan yang sihat!

Jika berada di ruang berhawa dingin, dianjurkan untuk minum lebih banyak air kerana udara yang dingin akan menyebabkan tubuh cepat mengalami dehidrasi. Banyak minum air juga akan membantu kulit tidak cepat kering. Di ruang yang suhunya tidak tetap pun dianjurkan untuk membiasakan minum meski tidak terasa haus untuk menyeimbangkan suhu.

10 kelebihan bercium. hihihi (18thn keatas ya )

1. Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.

2. Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.

3. Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.

4. Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress.

5. Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.

6. Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.

7. Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.

8. Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.

9. Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

10. Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

11. Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.

12. Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai
anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.



Teknologi sekarang


DUNIA teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sekali lagi dijangka berdepan cabaran pada tahun baru yang akan memacu pertumbuhan global, bagaimanapun pasaran baru muncul bakal mewarnai industri bagi tempoh 12 bulan akan datang ini.

IT@Metro menjangkakan beberapa pertumbuhan positif dalam industri yang sentiasa merubah dunia termasuk:

1. Pencetak kompak


Salah satunya, kita akan lihat beberapa model pencetak foto kompak yang dibina khusus bagi cetakan dari iPhone, iPad dan telefon pintar serta tablet lain.

Walaupun menjelang akhir tahun lalu, pencetak WiFi model terkini sudah serasi dengan AirPrint Apple, tidak ramai pengeluar pencetak yang memanfaatkannya tapi mencipta aplikasi sendiri.


2. Ultrabook

Laptop jenis ultrabook dibangunkan dengan ketebalan minimum akan dijangka menguasai pasaran apabila ia mula diperkenalkan pada suku terakhir tahun lalu walaupun harganya masih mahal dan kami jangkakan kos pemilikannya akan berkurang menjelang suku ketiga tahun ini.

Pada masa sama, Apple dijangka memasuki kategori laptop nipis terbabit dengan Macbook wajah baru. Besar kemungkinan model MacBook Air dengan spesifikasi baru.

Persaingan juga dijangka bertambah apabila Microsoft bakal mengeluarkan sistem operasi Windows 8 yang boleh mampu melonjakkan pasaran ultrabook pada 2012.

Apabila menyebut mengenai harga ultrabook yang rata-rata masih melebihi RM3,000, it@Metro menjangkakan nilainya akan jatuh hingga 30 peratus bergantung kepada permintaan pengguna pada suku kedua nanti.


3. Pemacu optik

Berikutan pengeluaran ultrabook, kita akan melihat pengurangan pemacu optik yang bakal hilang terus dari rekaan laptop disebabkan inisiatif ultrabook yang dibawakan syarikat pemprosesan Intel terbabit.

Kebanyakan vendor akan mula menyedari keutamaan pengguna berada dalam kehidupan yang lebih mementingkan jangka hayat bateri, rekaan yang lebih ringan dan banyak lagi sistem berkuasa tinggi.

Semuanya hanya boleh dicapai dengan ‘mengorbankan’ komponen dalaman yang difikirkan tidak lagi releven.


4. Skrin sentuh pada notebook

Skrin sentuh pada desktop dan notebook akhirnya akan bermula pada 2012 walaupun beberapa model sudah dikeluarkan sebelum ini.

Sekali lagi, ia akan dipacu sistem operasi berorientasikan Microsoft Windows 8 yang dikhabarkan mesra skrin sentuh, malah pengguna biasa akhirnya akan mempunyai pilihan untuk menggunakan skrin sentuh serta menyepadukannya dengan telefon anda.


5. Facebook

Facebook menetapkan sasaran untuk mencapai satu bilion pengguna menjelang 2012.

Hampir 700 juta pengguna menggunakan laman sosial facebook di seluruh dunia sekarang dan angka itu dijangka terus meningkat pada tahun ini.

Menurut statistik laman analisis Sosial Bakers, pertumbuhan terpantas dikhabarkan akan datang dari Brazil terutama selepas negara Amerika Latin terbabit mencatat peningkatan hingga 1.9 juta pengguna pada Mei tahun lalu.


6. Pemacu flash

Satu lagi tarikan 2012 tertumpu kepada sistem setoran berasaskan ‘flash’ yang berkait rapat dengan hukum fizik Moore.

Ramai penyelidik membuat kesimpulan perkakasan Solid State Drive (SSD) akhirnya akan memecah masuk industri perkomputeran yang masih berharga tinggi.

Kami menjangkakan, 2012 bakal menyaksikan kos suntuk kapasiti akan kurang kira-kira RM3 bagi setiap 1GB di pasaran.


7. Telefon pintar

Peranti mudah alih terbabit akan terus diperkatakan setiap tahun dan ia masih menjadi topik hangat dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Pada 2012, penganalisis Internet, Morgan Stanley berkata beliau menjangka jualan telefon pintar akan mengatasi jualan PC dengan lebih daripada 450 juta unit yang bakal dijual.

Malah, ia bakal bertambah pada 2013 apabila jualan telefon pintar akan menghampiri 650 juta unit disokong penggunaan laman rangkaian sosial serta stream video.


8. iPad

Ramai penganalisis menganggarkan jualan iPad akan mencecah 16.5 juta unit pada 2012 saja, satu angka yang lebih baik berbanding 2010 dan 2011.

Sehingga kini, terdapat angka tidak rasmi menunjukkan Apple berjaya menjual 6.2 juta iPad pada 2010 dan 8.2 juta pada 2011.


9. Netbook dengan Linux

Agensi penyelidik ABI Research percaya 2012 akan menyaksikan kebangkitan semula netbook yang memasang sistem operasi berasaskan Linux.

Perubahan trend terbabit akan menyaksikan pemprosesan ARM dalam beberapa jenama netbook tidak lagi berasaskan format x86 dan secara tidak langsung tidak lagi menjalankan sistem operasi Windows XP, Vista atau Windows 7.


10. PS3

Konsol permainan terkemuka, Sony PS3 dianggarkan mampu mengatasi jualan Microsoft Xbox 360 pada nisbah 2:1 menjelang akhir 2012.

Ia disokong pendapat Penganalisis IDC Billly Pidgeon, yang mengunjurkan PS3 akan terjual sebanyak 107 juta unit di seluruh dunia mengatasi Nintendo Wii dan Xbox 360.


11. Projektor dalam telefon

Ia seakan mustahil tapi berkemungkinan besar 50 juta projektor bakal dibina dalam telefon pada tahun ini.

Beberapa syarikat elektronik di seluruh dunia sudah mengumumkan rancangan untuk memasuki pasaran paparan mini dan tidak terkecuali tempiasnya akan terkena pada telefon.


12. Saluran HD

Tahun lalu menyaksikan beberapa saluran definisi tinggi (HD) diperkenalkan dan ia dijangka bertambah kepada 900 saluran di seluruh dunia menjelang 2012, malah di China saja sudah diwujudkan saluran HD berformat tiga dimensi (3D).


13. LTE

Agensi penyelidik, Juniper Research meramalkan jumlah pelanggan untuk rangkaian Evolusi Jangka Panjang (LTE) akan mencecah 24 juta pada 2012, hanya dua tahun selepas versi awal teknologi terbabit diuji.

LTE dijangka menjadi pengganti jangka panjang dalam industri jalur lebar mudah alih kerana ia menawarkan laluan migrasi dari teknologi 3G/HSPA yang sedia ada dengan lebih baik.

Nak tau pasal G-string

Seluar dalam ala-ala cawat,

, yang mempunyai tali halus di bahagian belakang sememangnya telah mencetuskan fenomena dalam industri fesyen sejak sekian lama.

Pada awalnya mereka yang memakai G-string ini hanyalah mereka yang bekerja sebagai penari lucah, yang lebih dikenal dengan nama “Strippers”.

G-string itu sendiri pada dasarnya merupakan pakaian terakhir yang terpakai ditubuh seorang stripper ketika menyelesaikan aksi-aksi lucahnya.

Tahukah anda, pada awalnya, G-string diciptakan untuk digunakan oleh orang lelaki dan tidak ada wanita yang pernah bermimpi untuk memakainya.

Benarkah Azean Irdawaty meniggal?

KUALA LUMPUR – Setelah industri hiburan negara kehilangan seorang penyanyi berbakat, Izwan Pilus semalam, kecoh pula di blog-blog hiburan yang menafikan tentang khabar angin yang menyatakan kononnya seniwati terkenal, Azean Irdawatyjuga meninggal dunia.

Menurut lama blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, penyebaran maklumat palsu tersebut dikesan melalui laman sosial Twitter oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kemudiannya, khabar tersebut telah di’retweet’ oleh artis Farahwahida yang menafikan dakwaan liar itu sekaligus mempertikaikan kesahihan berita tersebut.

Rotikaya.com turut memaklumkan bahawa wartawan Melodi di TV3, Zuan, baru sahaja selesai berbual dengan Azean Irdawaty menerusi telefon dan sekaligus menafikan dakwaan di Twitter itu.

“Wartawan TV3 untuk rancangan sensasi Melodi, Zuan baru sahaja berbual bersama Azean Irdawaty menerusi telefon dan ini mengesahkan lagi segala kenyataan yang keluar di Twitter hanya’lah khabar angin,” kata pemilik blog hiburan itu.

Mungkin enggan membiarkan spekulasi tersebut berlegar sehingga menimbulkan fitnah dan mengelak timbul spekulasi lebih buruk, laman blog hiburan terkenal, Beatifulnara.com dan MediaMalaya.com turut menyatakan kepalsuan berita tersebut di blog masing-masing.

Dikuatkan lagi dengan kenyataan seniwati ‘airmata’ itu melalui lama Twitter milik anak perempuannya, Elza Irdalynna, yang menjelaskan

beliau sihat dan sedang belajar berjalan kembali.

welcome to my blog