Showing posts with label info dunia. Show all posts
Showing posts with label info dunia. Show all posts

Monday, February 6, 2012

AdsFight! x nak tunggu 5 second



korang salu x kalau jumpa website yang boleh download movie ker , software ker , dan sebagai nya yang letak adfly cth nya yg bgi korang tggu 5 saat. kalau korang x nak tunggu snang jer ikut tutorial yang aku nak tulis nie


1)korang kene guna firefox
2)pastu korang download add on
3)korang install Script nie script
4)pastu korang restart browser firefox
5)dah boleh guna dah.

senarai yang korang x pyh tggu bila guna script nie
imgchili.com
imagearn.com
imageswitch.com
imageporter.com
imagetwist.com
cocoimage.com
imagehaven.net
imagevenue.com
turboimagehost.com
pixhost.org

adcraft :

ad.cx
adcraft.co

adfly :

adf.ly
9.bb
u.bb
j.gs
q.gs

adfocus :

adfoc.us

awsclic :

awsclic.com

bybme :

byb.me

gen_winloc :

zpag.es

ityim :

ity.im

lienscash:

lienscash.com

linkbucks :

allanalpass.com
amy.gs
any.gs
baberepublic.com
deb.gs
drstickyfingers.com
dyo.gs
fapoff.com
filesonthe.net
galleries.bz
hornywood.tv
linkbabes.com
linkbucks.com
linkgalleries.net
linkseer.net
miniurls.co
picbucks.com
picturesetc.net
placepictures.com
poontown.net
qqc.co
qvvo.com
realfiles.net
rqq.co
seriousdeals.net
seriousfiles.com
seriousurls.com
sexpalace.gs
seriousfiles.com
theseblogs.com
thesefiles.com
theseforums.com
thosegalleries.com
tinybucks.net
tinylinks.co
tnabucks.com
tubeviral.com
uberpicz.com
ubervidz.com
ubucks.net
ugalleries.net
ultrafiles.net
urlbeat.net
urlpulse.net
whackyvidz.com
youfap.me
yyv.co
zxxo.net
zff.co

lnk :

lnk.co
linkbee.com

urlcash :

bat5.com
celebclk.com
eightteen.com
looble.net
peekatmygirlfriend.com
pornyhost.com
smilinglinks.com
urlcash.net
urlcash.org
xxxs.org

Sunday, January 22, 2012

Mengucap Alhamdulillah Ketika Sakit Bukanlah Bodoh

Dalam laman sosial seperti 'Facebook', selalu juga saya terlihat status rakan-rakan yang mengadu sakit, tidak sihat dan sewaktu dengannya. Apa yang saya mampu adalah untuk menitipkan doa kepada mereka agar sembuh seperti sediakala dan SABAR ketika sedang mengalami kesakitan. Namun begitu tersentuh juga melihat beberapa rakan yang begitu memarahi dirinya kerana sakit, lebih teruk lagi ada yang memaki kerana sakit yang ditanggungnya.

Sebenarnya, sebagai seorang ISLAM kita ditegah sama sekali untuk mengeluh atau memarahi, apatah lagi memaki diri yang sedang sakit. Ini kerana sakit itu sendiri adalah satu peringatan dari ALLAH kepada kita sebagai hamba-NYA. Ini jelas dinyatakan dalam AL QURAN:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat yang sebelum kamu, kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka bermohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri"(Surah Al An'am, ayat 42).

Dalam ayat ini jelas ALLAH telah menerangkan bahawa kita menilai kembali diri kita, mengingati ALLAH yang merupakan pemilik segala kenikmatan yg kita nikmati dalam hidup kita ini. Oleh kerana itu, mengapa harus kita memaki kerana SAKIT? Begitu juga dengan jelas dinyatakan dalam Surah Yusuf:

"(Nabi Yaakub) menjawab:Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya."(Surah Yusuf ayat 86).

Ayat diatas juga jelas menyatakan bahawa kita dituntut untuk memohon doa kepada ALLAH sekiranya ditimpa sebarang kesusahan dan dukacita (sakit),bukan dengan cara memarahi atau memaki hamun kesakitan yang kita alami, itu sama sekali seperti kita menyalahkan ketentuan yang sudah ditentukan oleh ALLAH kepada kita. Siapa lagi kalau bukan ALLAH yang menentukan takdir kita?





Keluhan ketika sakit itu tidaklah dilarang, dengan syarat keluhannya itu tidaklah menunjukkan rasa kesal, kecewa atau yg sewaktu dengannya sehingga dia menyalahkan segala ketentuan terhadap dirinya. Hal ini juga telah jelas dinayatkan dalam sebuah hadith:

Aisyah R.A pernah mengeluh dan mengadu kepada Rasulullah ketika sakit dengan berkata:" Aduh sakitnya kepalaku! Kata Nabi pula:"Aku juga, kepala Aku terasa sakit sekali! (Riwayat Bukhari & Muslim).

Namun apa yang pasti, segala perbuatan seperti memaki hamun penyakit yg dialami itu adalah jauh menyimpang dari ISLAM kerana ISLAM tidak pernah sama sekali mengajar kita untuk berkelakuan sedemikian, apatah lagi di dalam laman sosial! Sakit yang dialami juga merupakan salah satu bentuk pengampunan dosa, seperti yang dinyatakan dalam hadith:

"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu." (Hadis Muttafaqun Alaih).

Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah bersabda:

"Sesiapa yang akan memperoleh limpahan kebaikan dari Allah, maka akan ditimpakan cubaan ke atas dirinya terlebih dahulu" (Hadis Muttafaqun alaih).

Mengapa perlu kita memaki hamun dengan kesakitan, walhal itulah salah satu cara untuk kita mendapatkan keampunan daripada ALLAH Taala? Perlukah sakit itu ditemani dengan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya kita ungkapkan? SEBAB itulah kita dianjurkan utk mengucapkan ALHAMDULILLAH ketika sakit. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ada menyebut:

"Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua perkaranya menjadi kebaikan, dan hal itu tidak pernah terjadi kecuali bagi seorang mukmin: jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, dan jika ia mendapatkan musibah, ia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya" (Hadith Riwayat Muslim).



Kita haruslah ingat akan sakit juga merupakan salah satu cara untuk kita memperingati MATI. ALLAH memberikan kita peluang untuk merasakan sakit sebagai salah satu persediaan menghadapi MATI, dimana jika amalan kita buruk (lalai daripada perintah ALLAH seperti SOLAT) , maka kesakitan yang ditanggung adalah pedih, sakit yang sangat-sangat kuat ketika Sakaratul Maut. Jika amalan kita sentiasa terjaga (walaupun ketika sakit) dan diterima-NYA, insyaALLAH akan mendapat pembalasan sebaik-baiknya. Sentiasalah berSABAR menghadapi segala ujian ALLAH termasuklah SAKIT, seperti sabda Rasulullah:

Dari Anas R.A, katanya: "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:"Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman:"Apabila seorang hamba mendapat cubaan dari-Ku pada dua perkara yang amat disayangi (kedua matanya) lalu bersabar, maka kelak akan Aku gantikan kesabarannya itu dengan syurga" (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Mengucap ALHAMDULILLAH merupakan tanda kesyukuran kita ketika diuji oleh ALLAH Taala, juga tanda kesabaran kita menghadapi ujian-NYA.Kalimah ini bukan sahaja diungkapkan ketika kenyang atau senang hati, tapi disaat ALLAH menguji kita, perlu juga untuk mengucapkan kalimah ini sebagai tanda syukur kerana ALLAH memilih untuk menguji kita. Janganlah mudah menilai orang yang mengucapkan ALHAMDULILLAH ketika SAKIT itu sebagai BODOH atau GILA, kerana mungkin saja orang yang berkata sedemikian itu lebih tahu akan fadhilat menghadapi sakit ini. Sekiranya sakit, hendaklah berikhtihar utk mencari penawar yg sebaiknya. Kemudian berdoalah kepada ALLAH yg berKUASA menyembuhkan sebarang penyakit agar disembuhkan seperti sediakala dan memperoleh kesihatan yang baik. Semoga kita mendapat kesihatan yg baik dan sentiasa dalam rahmat ALLAH!

Teknologi sekarang


DUNIA teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sekali lagi dijangka berdepan cabaran pada tahun baru yang akan memacu pertumbuhan global, bagaimanapun pasaran baru muncul bakal mewarnai industri bagi tempoh 12 bulan akan datang ini.

IT@Metro menjangkakan beberapa pertumbuhan positif dalam industri yang sentiasa merubah dunia termasuk:

1. Pencetak kompak


Salah satunya, kita akan lihat beberapa model pencetak foto kompak yang dibina khusus bagi cetakan dari iPhone, iPad dan telefon pintar serta tablet lain.

Walaupun menjelang akhir tahun lalu, pencetak WiFi model terkini sudah serasi dengan AirPrint Apple, tidak ramai pengeluar pencetak yang memanfaatkannya tapi mencipta aplikasi sendiri.


2. Ultrabook

Laptop jenis ultrabook dibangunkan dengan ketebalan minimum akan dijangka menguasai pasaran apabila ia mula diperkenalkan pada suku terakhir tahun lalu walaupun harganya masih mahal dan kami jangkakan kos pemilikannya akan berkurang menjelang suku ketiga tahun ini.

Pada masa sama, Apple dijangka memasuki kategori laptop nipis terbabit dengan Macbook wajah baru. Besar kemungkinan model MacBook Air dengan spesifikasi baru.

Persaingan juga dijangka bertambah apabila Microsoft bakal mengeluarkan sistem operasi Windows 8 yang boleh mampu melonjakkan pasaran ultrabook pada 2012.

Apabila menyebut mengenai harga ultrabook yang rata-rata masih melebihi RM3,000, it@Metro menjangkakan nilainya akan jatuh hingga 30 peratus bergantung kepada permintaan pengguna pada suku kedua nanti.


3. Pemacu optik

Berikutan pengeluaran ultrabook, kita akan melihat pengurangan pemacu optik yang bakal hilang terus dari rekaan laptop disebabkan inisiatif ultrabook yang dibawakan syarikat pemprosesan Intel terbabit.

Kebanyakan vendor akan mula menyedari keutamaan pengguna berada dalam kehidupan yang lebih mementingkan jangka hayat bateri, rekaan yang lebih ringan dan banyak lagi sistem berkuasa tinggi.

Semuanya hanya boleh dicapai dengan ‘mengorbankan’ komponen dalaman yang difikirkan tidak lagi releven.


4. Skrin sentuh pada notebook

Skrin sentuh pada desktop dan notebook akhirnya akan bermula pada 2012 walaupun beberapa model sudah dikeluarkan sebelum ini.

Sekali lagi, ia akan dipacu sistem operasi berorientasikan Microsoft Windows 8 yang dikhabarkan mesra skrin sentuh, malah pengguna biasa akhirnya akan mempunyai pilihan untuk menggunakan skrin sentuh serta menyepadukannya dengan telefon anda.


5. Facebook

Facebook menetapkan sasaran untuk mencapai satu bilion pengguna menjelang 2012.

Hampir 700 juta pengguna menggunakan laman sosial facebook di seluruh dunia sekarang dan angka itu dijangka terus meningkat pada tahun ini.

Menurut statistik laman analisis Sosial Bakers, pertumbuhan terpantas dikhabarkan akan datang dari Brazil terutama selepas negara Amerika Latin terbabit mencatat peningkatan hingga 1.9 juta pengguna pada Mei tahun lalu.


6. Pemacu flash

Satu lagi tarikan 2012 tertumpu kepada sistem setoran berasaskan ‘flash’ yang berkait rapat dengan hukum fizik Moore.

Ramai penyelidik membuat kesimpulan perkakasan Solid State Drive (SSD) akhirnya akan memecah masuk industri perkomputeran yang masih berharga tinggi.

Kami menjangkakan, 2012 bakal menyaksikan kos suntuk kapasiti akan kurang kira-kira RM3 bagi setiap 1GB di pasaran.


7. Telefon pintar

Peranti mudah alih terbabit akan terus diperkatakan setiap tahun dan ia masih menjadi topik hangat dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Pada 2012, penganalisis Internet, Morgan Stanley berkata beliau menjangka jualan telefon pintar akan mengatasi jualan PC dengan lebih daripada 450 juta unit yang bakal dijual.

Malah, ia bakal bertambah pada 2013 apabila jualan telefon pintar akan menghampiri 650 juta unit disokong penggunaan laman rangkaian sosial serta stream video.


8. iPad

Ramai penganalisis menganggarkan jualan iPad akan mencecah 16.5 juta unit pada 2012 saja, satu angka yang lebih baik berbanding 2010 dan 2011.

Sehingga kini, terdapat angka tidak rasmi menunjukkan Apple berjaya menjual 6.2 juta iPad pada 2010 dan 8.2 juta pada 2011.


9. Netbook dengan Linux

Agensi penyelidik ABI Research percaya 2012 akan menyaksikan kebangkitan semula netbook yang memasang sistem operasi berasaskan Linux.

Perubahan trend terbabit akan menyaksikan pemprosesan ARM dalam beberapa jenama netbook tidak lagi berasaskan format x86 dan secara tidak langsung tidak lagi menjalankan sistem operasi Windows XP, Vista atau Windows 7.


10. PS3

Konsol permainan terkemuka, Sony PS3 dianggarkan mampu mengatasi jualan Microsoft Xbox 360 pada nisbah 2:1 menjelang akhir 2012.

Ia disokong pendapat Penganalisis IDC Billly Pidgeon, yang mengunjurkan PS3 akan terjual sebanyak 107 juta unit di seluruh dunia mengatasi Nintendo Wii dan Xbox 360.


11. Projektor dalam telefon

Ia seakan mustahil tapi berkemungkinan besar 50 juta projektor bakal dibina dalam telefon pada tahun ini.

Beberapa syarikat elektronik di seluruh dunia sudah mengumumkan rancangan untuk memasuki pasaran paparan mini dan tidak terkecuali tempiasnya akan terkena pada telefon.


12. Saluran HD

Tahun lalu menyaksikan beberapa saluran definisi tinggi (HD) diperkenalkan dan ia dijangka bertambah kepada 900 saluran di seluruh dunia menjelang 2012, malah di China saja sudah diwujudkan saluran HD berformat tiga dimensi (3D).


13. LTE

Agensi penyelidik, Juniper Research meramalkan jumlah pelanggan untuk rangkaian Evolusi Jangka Panjang (LTE) akan mencecah 24 juta pada 2012, hanya dua tahun selepas versi awal teknologi terbabit diuji.

LTE dijangka menjadi pengganti jangka panjang dalam industri jalur lebar mudah alih kerana ia menawarkan laluan migrasi dari teknologi 3G/HSPA yang sedia ada dengan lebih baik.

Berseluar panjang di bogel

Malawi – Sekumpulan aktivis wanita di Malawi mengadakan protes bagi menuntut penindasan ke atas golongan berkenaan dihentikan segera.

Ia susulan insiden serangan minggu lalu di bandar Lilongwe dan Blantyre, minggu lalu melibatkan wanita yang memakai seluar panjang dan skirt di khalayak ramai.

Selain dipukul, wanita yang berpakaian seumpama itu akan turut dibogelkan di depan orang ramai.

“Mereka memukul dan membogelkan wanita dengan alasan tidak mengikut tradisi. Justeru kami mengadakan protes sebagai melindungi hak kami,” kata seorang aktivis, Seodi White.

Dalam pada itu, Presiden Bingu Wa Mutharika yang marah dengan insiden serangan berkenaan telah mengarahkan penjenayah yang terlibat, ditangkap dengan segera.

Bingu berkata, kaum wanita mempunyai hak untuk memakai apa sahaja yang mereka ingini.

Ketika era diktaktor, kaum wanita di Malawi diharamkan daripada memakai mini skirt dan seluar panjang namun undang-undang itu dipinda pada 1994, selepas berlaku peralihan kuasa ke arah demokrasi.

Sementara itu, pengarah eksekutif kumpulan Pelobi Wanita Antarabangsa di Malawi, Faustace Chirwa menyalahkan sistem pentadbiran sebagai punca wanita di negara itu ditindas.

“Kebanyakan lelaki Afrika percaya mereka boleh menguasai wanita. Lelaki yang kecewa dalam hidup ini menjadikan wanita sebagai sasaran melepaskan kemarahan,” katanya.

Saturday, January 21, 2012

Hot keyword world search untuk blogger 20 jan 2012

1. Gina Carano
2. movies
3. Vanessa Bryant
4. Home Depot
5. Gabrielle Union
6. coffee and diabetes
7. Facebook
8. SOPA
9. Newt Gingrich
10. Wells Fargo
11. Kim Schmitz
12. IBM
13. Elizabeth Banks
14. Jennifer Garner
15. Red Tails
16. Jodie Sweetin
17. Dell
18. Peyton Manning
19. Dictionary
20. INTC


Friday, January 20, 2012

Megaupload dah tutup da

Megaupload, salah satu terbesar di internet, laman perkongsian fail, telah ditutup oleh pegawai-pegawai di Amerika Syarikat.

Pengasas laman didakwa dengan melanggar undang-undang cetak rompak.

Pendakwa Persekutuan menuduh berharga pemegang hak cipta lebih daripada $ 500m (£ 320m) dalam hasil yang hilang. Firma itu berkata ia adalah tekun dalam bertindak balas terhadap aduan mengenai bahan cetak rompak.

Berita itu datang sehari selepas bantahan undang-undang anti-cetak rompak, tetapi penyiasat berkata mereka tidak diperintahkan melainkan dua minggu lalu.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berkata bahawa Megaupload, dua pengasas Kim Dotcom, sebelum ini dikenali sebagai Kim Schmitz, dan Mathias Ortmann ditahan di Auckland, New Zealand bersama-sama dengan dua pekerja lain perniagaan atas permintaan pegawai-pegawai AS. Ia menambah bahawa tiga defendan yang lain masih bebas.

"Tindakan ini adalah antara hak cipta kes-kes jenayah terbesar yang pernah dibawa oleh Amerika Syarikat dan secara langsung sasaran penyalahgunaan penyimpanan kandungan awam dan tapak rata untuk melakukan dan memudahkan jenayah harta intelek," kata satu kenyataan yang disiarkan dalam laman webnya.
Tapak pihak ketiga

Caj termasuk pelanggaran hak cipta, komplot untuk melakukan penipuan, pelanggaran hak cipta dan pengubahan wang haram.

Mahkamah persekutuan di Virginia mengarahkan supaya 18 nama domain yang berkaitan dengan firma berpangkalan di Hong Kong yang disita.

Jabatan Kehakiman berkata bahawa lebih daripada 20 waran geledah telah dilaksanakan di sembilan buah negara, dan kira-kira AS $ 50m dalam aset telah disita.

Ia mendakwa bahawa tertuduh telah meneruskan model perniagaan yang direka bentuk untuk menggalakkan memuat naik hak cipta kerja-kerja.

"Konspirator yang didakwa dibayar pengguna yang mereka khusus tahu kandungan dimuat naik yang melanggar dan publisiti link mereka kepada pengguna di seluruh dunia," kata satu kenyataan.

"Dengan secara aktif menyokong penggunaan laman web yang menghubungkan pihak ketiga untuk publisiti melanggar kandungan, yang konspirator tidak perlu publisiti kandungan apa-apa di tapak Megaupload.

"Sebaliknya, dakwaan yang mengatakan bahawa yang pengkomplot memanipulasi persepsi kandungan yang tersedia pada pelayan mereka dengan tidak menyediakan fungsi carian awam di lokasi Megaupload dan dengan tidak termasuk kandungan melanggar popular pada senarai umum kandungan atas turun oleh pengguna."

Sebelum ia ditutup tapak mencatatkan satu kenyataan berkata tuduhan terhadapnya "grotesquely yg berkembang sama sekali".

"Hakikatnya adalah bahawa sebahagian besar lalu lintas Internet Mega sah, dan kita terus kekal di sini," katanya.

"Jika industri kandungan ingin mengambil kesempatan daripada populariti kami, kami gembira untuk masuk ke dalam dialog. Kami mempunyai beberapa idea-idea yang baik. Sila berhubung dengan anda."
Pitam

Pengumuman itu datang sehari selepas beribu-ribu laman web yang mengambil bahagian dalam "blackout" untuk membantah Akta Cetak Rompak Stop Online (Sopa) dan yang Melindungi Akta Harta Intelek (paip).

Dewan Perdagangan AS telah mempertahankan undang-undang yang dicadangkan yang mengatakan bahawa agensi-agensi penguatkuasaan "kekurangan alat" untuk menggunakan undang-undang harta intelektual yang sedia ada kepada dunia digital secara berkesan.

Pemerhati industri mencadangkan langkah terbaru ini boleh memberi makan kepada perbahasan yang lebih luas.

"Kedua-bil hampir menjadi lulus - mereka memerlukan semakan lanjut Tetapi ternyata bahawa pegawai-pegawai boleh menggunakan alat yang sedia ada untuk pergi selepas perniagaan yang dikatakan sebagai cetak rompak mendorong," kata media Gartner rata pakar Mike McGuire.

"Ia menimbulkan persoalan bahawa jika anda boleh mencari dan menangkap orang-orang yang disyaki terlibat dalam cetak rompak menggunakan undang-undang yang sedia ada, maka mengapa memperkenalkan peraturan-peraturan yang selanjutnya yang AS sahaja dan berpotensi merosakkan."

Henti biasiswa menyusahkan pelajar

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) kesal dengan ura-ura tindakan kerajaan memberhentikan biasiswa kepada pelajar sarjana dan PhD di beberapa universiti terkemuka dan dalam negara atas alasan kekurangan dana.

Ini kerana, bagi Abdul Hadi, pelajar terpilih ini merupakan aset penting negara yang perlu dibantu untuk maju dalam pelajaran mereka.

Namun, katanya, dipertengahan jalan, ianya terbantut disebabkan pemberhentian biasiswa oleh kerajaan.

Abdul Hadi berkata demikian dalam satu kenyataannya semalam.

Menurut beliau, PAS dimaklumkan bahawa pemberhentian biasiswa ini berkait rapat dengan usaha kerajaan mengecilkan dana kepada IPTA yang turut melibat sama pengecilan pengambilan kakitangan.

Ramai kakitangan diambil secara kontrak sahaja kerana IPTA kekurangan dana.
Bahkan ada yang sudah berkhidmat lebih lima tahun pun masih belum disahkan jawatan, katanya.

"Ia merupakan satu pengkhianatan dan penggadaian masa depan negara," kata beliau.

Dalam masa yang sama IPTA digalakkan berlumba 'ranking' di peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh syarikat yang mempunyai kepentingan komersil tertentu.

PAS, katanya, tidak menolak usaha untuk meletakkan IPTA Malaysia di 'ranking' lebih baik di dunia, namun jika ia mengikat IPTA dengan syarat-syarat yang merugikan masa depan negara, ia perlu dihentikan.

Antaranya meluaskan pengambilan pelajar asing dan 'post-Graduate', dalam masa yang sama mengecilkan pengambilan pelajar tempatan di peringkat sarjana muda, kata beliau.

Tindakan ini, dakwa beliau, menyebabkan tempat untuk rakyat Malaysia belajar di IPTA terkemuka negara semakin mengecil dan tempat untuk warga asing pula terbuka luas semata-mata untuk penuhi syarat ditetapkan dalam perlumbaan 'ranking'.

Kesannya, dakwa Abdul Hadi, kerajaan berusaha untuk mengecilkan saiz jabatan-jabatan dan fakulti, mengecilkan pengambilan kakitangan dan pelajar di peringkat sarjana muda.

Lebih malang lagi, apabila pelajar diperingkat Master dan PhD yang sudah berada di semester kelima dan keenam dihentikan terus biasiswa yang merencatkan pembelajaran mereka.

"Oleh itu kita mendesak kerajaan, supaya mengembalikan skim biasiswa-siswazah kepada pelajar-pelajar tersebut dan menawarkan lebih banyak biasiswa di masa depan buat rakyat Malaysia," desak beliau.

Desakan ini, kata beliau, dibuat kerana di kala negara berhadapan dengan kemelut ekonomi yang meruncing ini, penjimatan sepatutnya dilakukan dalam hal lain khususnya melibatkan perbelanjaan pemimpin negara, kebocoran rasuah dan projek membazir, bukan dengan mengecilkan dana IPTA yang merupakan aset berharga negara.

Thursday, January 19, 2012

mari kita menderma

Sambil2 ber blog.jom kita menderma kepada sahabat2 kita yang jauh lagi kesusahan.

Iran kirim RQ-170 ke Rumah Putih( apakah motif ini?)

TEHRAN: Iran berkata ia akan mengirimkan pesawat mainan menyerupai pesawat kawalan jauh RQ-170 Sentinel kepunyaan Amerika Syarikat yang ditembak jatuh akhir tahun lalu ke Rumah Putih, sebagai memenuhi permintaan Washington yang meminta ia dikembalikan.

Kelmarin, stesen radio tempatan Iran, Radio Payam, melaporkan sebuah syarikat tempatan akan mengeluarkan versi mainan pesawat tanpa pemandu dan akan dihantar ke Rumah Putih.
“Satu upacara istimewa akan diadakan pada 1 Februari, bagi memperingati ulang tahun ke-34, kemenangan revolusi Islam di Ira dan pada hari itulah kami akan mengirimkan pesawat itu ke Rumah Putih,” lapor stesen radio itu.
Pesawat mainan itu mempunyai saiz satu perlapan puluh lebih kecil daripada saiz pesawat sebenar dan dijual pada harga AS$6 (RM18).

Berita mengenai penghasilan pesawat mainan menyerupai RQ-170 Sentinel, dilaporkan untuk kali pertama di luar Iran oleh wartawan Mitrak Amiri yang secara kebetulan membuat laporan mengenai pengharaman patung Barbie oleh polis agama negara itu.

Laporan menyatakan bahawa pesawat mainan itu akan dijual dalam pelbagai warna, manakala laman web dari negara jiran Iran, Trend menyatakan bahawa pesawat itu berukuran 30 sentimeter lebar dan 40 sentimeter panjang, dihiasi kata-kata berbunyi; “Kami akan menginjak-injak Amerika”.

Trend menyatakan bahawa sekumpulan belia Iran bekerjasama untuk mereka dan mengedarkan pesawat mainan itu, manakala agensi berita antarabangsa Associated Press melaporkan ada sebuah syarikat menghasilkan permainan itu.
Iran sebelum ini berkata, ia menembak jatuh pesawat tanpa pemandu itu pada 4 Disember tahun lalu.

Apa itu SOPA ? Akta Yang Sedang di kecam


Kesan SOPA Kepada Pembangun Dan Pengguna Malaysia
Memandangkan kebanyakkan perkhidmatan terutamanya penyedia perkhidmatan nama domain (.com, .net. dan .org) adalah berpengkalan di Amerika Syarikat, maka perkhidmatan ini memberikan kesan menyeluruh, termasuk kepada para pengguna dan pembangun di Malaysia.

Walaupun cetak rompak merupakan salah satu perkara yang dihalang di semua negara, mahupun agama, mengawalnya masih lagi suatu perkara yang sukar. Apatah lagi dengan kebanyakkan perkhidmatan berasaskan web sekarang, seperti YouTube, Facebook dan sebagainya menggunakan kandungan yang dijana oleh pengguna, maka mengawalnya mungkin sesuatu yang sukar. Dengan pengenalan SOPA, ia semestinya akan memberikan kesan yang menyeluruh kepada perkhidmatan seumpama ini, dan memberikan kesan kepada penggunannya di seluruh negara, termasuk Malaysia.

Selain daripada itu, memandangkan oleh hanya salah satu kandungan yang bertentangan dengan hak cipta, dibawah akta ini, ia akan menjadikan keseluruhan nama domain tersebut dihalang, dan memberikan efek yang besar.

Siapakah Yang Membantahnya ?
Buat masa ini, kebanyakkan syarikat berasaskan internet membantah perkara ini, termasuk Google, Facebook, Yahoo!, Microsoft, PayPal, Mozilla, FourSquare, eBay, AOL, Creative Commons, dan banyak lagi.

Namun masih ada yang menyokongnya, dan salah satu syarikat yang menyokongnya adalah GoDaddy (GoDaddy telah menarik balik sokongan selepas ramai pengguna mereka keluar dan beralih ke perkhidmatan lain).

Jadi, Apakah Seterusnya?
SOPA masih lagi pada peringkat pendengaran buat masa ini, dan pendengaran seterusnya bakal diadakan pada bulan Januari kelak. Dan semakin hari, semakin banyak syarikat membantah cadangan tersebut, dan ada juga yang menyokongnya.

Walaupun ia masih tidak diketahui kesannya, tahun hadapan akan menjadi antara tahun yang hangat membincangkan mengenai akta-akta berkaitan internet, termasuk di Malaysia sendiri yang membincangkan mengenai Akta Badan Perkomputeran Professional.

Wanita lahirkan anak dalam kereta api

NEW YORK: Seorang wanita New Jersey mendapat kejutan seumur hidup, apabila melahirkan anak pertamanya dalam kereta api komuter Pihak Berkuasa Pengangkutan Hudson (PATH) ke bandar raya ini.

Wanita berusia 31 tahun itu, Rabita Sarkar dari Harrison, New Jersey, berkata dia mula berasa sakit hendak bersalin namun, tidak terfikir sudah sampai masanya untuk melahirkan anak kerana belum cukup tempoh.
Beliau dan suaminya, Aditya Saurabh yang berusia 30 tahun memutuskan untuk pergi ke bandar raya ini bagi membuat pemeriksaan, kelmarin.
Mereka tidak mahu memandu dan membuat keputusan menaiki kereta api dari Harrison ke bandar, memikirkan mereka boleh mengambil teksi ke Hospital Roosevelt di Manhattan.

“Ia disebabkan anak saya tidak sabar-sabar untuk lahir ke dunia,” kata Sarkar ketika memeluk erat bayi lelakinya di hospital. Pasangan itu enggan mendedahkan nama bayi mereka atau tarikh sebenar kelahiran.

Ketika menaiki kereta api itu, Sarkar mula berasa sakit hendak bersalin dan dia memberitahu Saurabh untuk memeriksa apa yang berlaku kepadanya. Beliau melihat kepala anaknya sudah keluar.

Dengan bantuan seorang wanita lain dalam kereta api itu dan suaminya, Sarkar akhirnya menyambut kelahiran bayi itu jam 10 pagi waktu tempatan.
Penumpang lain turut memberi galakan dan pasangan itu berkata, seorang gadis menawarkan jaketnya bagi memastikan bayi mereka dalam keadaan selesa.

Pihak berkuasa PATH menukar kereta api kepada ekspres, melepasi kebanyakan hentian supaya pasangan sampai ke destinasi akhirnya di 33rd Street di tengah Manhattan secepat mungkin.

Kakitangan perkhidmatan kecemasan membawa keluarga berkenaan ke hospital.

Pegawai polis yang memberi maklum balas berkata, ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi seorang wanita melahirkan anak dalam kemudahan yang dikendalikan pihak berkuasa.

Isu terbesar adalah suhu musim sejuk, kira-kira -1 darjah celcius di luar dan kami perlu memastikan bayi dalam keadaan panas, kata Sarjan Mike Barry.

welcome to my blog