Sunday, January 22, 2012

Berseluar panjang di bogel

Malawi – Sekumpulan aktivis wanita di Malawi mengadakan protes bagi menuntut penindasan ke atas golongan berkenaan dihentikan segera.

Ia susulan insiden serangan minggu lalu di bandar Lilongwe dan Blantyre, minggu lalu melibatkan wanita yang memakai seluar panjang dan skirt di khalayak ramai.

Selain dipukul, wanita yang berpakaian seumpama itu akan turut dibogelkan di depan orang ramai.

“Mereka memukul dan membogelkan wanita dengan alasan tidak mengikut tradisi. Justeru kami mengadakan protes sebagai melindungi hak kami,” kata seorang aktivis, Seodi White.

Dalam pada itu, Presiden Bingu Wa Mutharika yang marah dengan insiden serangan berkenaan telah mengarahkan penjenayah yang terlibat, ditangkap dengan segera.

Bingu berkata, kaum wanita mempunyai hak untuk memakai apa sahaja yang mereka ingini.

Ketika era diktaktor, kaum wanita di Malawi diharamkan daripada memakai mini skirt dan seluar panjang namun undang-undang itu dipinda pada 1994, selepas berlaku peralihan kuasa ke arah demokrasi.

Sementara itu, pengarah eksekutif kumpulan Pelobi Wanita Antarabangsa di Malawi, Faustace Chirwa menyalahkan sistem pentadbiran sebagai punca wanita di negara itu ditindas.

“Kebanyakan lelaki Afrika percaya mereka boleh menguasai wanita. Lelaki yang kecewa dalam hidup ini menjadikan wanita sebagai sasaran melepaskan kemarahan,” katanya.


0 comments:

welcome to my blog