Thursday, January 19, 2012

ala...xder lagi la hangit hot fm....

Siapa yang pernah terkena Panggilan Hangit dari Hot FM? Apakah perasaan anda? suka, sedih, sakit hati dan paling teruk sekali rasa dimalukan? Bagi yang mereka yang belum dapat Panggila Hangit, jangan risau dengarnya Panggilan Hangit akan di hentikan.

Setelah dikira berbagai faktor dan mendapat pandangan dari peminat, Hot FM telah memutuskan Panggilan Hangit yang telah bersiaran selama 5 tahun mulai minggu hadapan akan di hentikan. Faizal FBI telah mengumumkan ia akan dihentikan terus.

Berita ini mungkin memeranjatkan oleh ramai pihak terutamanya pendengar setia Hot FM yang sanggup tunggu seawal jam 6 pagi untuk mendengarkan Panggilan Hangit. Juga ada yang bersetuju Panggilan Hangit ini di hentikan kerana seperti 'mendajalkan' dan 'memperbodohkan' orang aje. Mungkin juga Hot FM sedang merancang satu segmen yang lebih hangit. Apa-apa pun Hot FM Lebih Hangat Dari Biasa.


0 comments:

welcome to my blog