Thursday, January 19, 2012

coret2 ABPBH

* Tidak sampai tiga bulan, Nabil dan isterinya Nazirah Ayub bergelar suami isteri, mereka dilihat pasangan yang paling romantik kerana masih dalam tempoh berbulan madu. Namun keadaan berubah apabila Nabil kehilangan isterinya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta, Nabil panik apabila isterinya, Nazirah Ayub hilang kerana tersalah menaiki bas untuk ke terminal.

* Peminat tidak pernah kering gusi apabila sentiasa dihiburkan dengan lawak komedi Nabil dan Black yang sentiasa mengenakan peminat di dalam bas.

* Fasha Sandha cukup mesra apabila diminta peminat untuk menyanyi karaoke di dalam bas dan menurut Fasha lagu penyanyi Indonesia yang paling diminati adalah Afgan.

* Nabil dan Black mengakui cukup takut apabila diminta untuk bergambar bersama harimau lebih-lebih lagi ketika mereka bergambar harimau itu sempat mengaum kerana mereka membuat bising.

* Walaupun bercuti, Fasha tetap mengambil peluang yang ada di dalam bas untuk menghafal skrip kerana itulah masanya yang ada.

* Nabil dan Black sempat menjadi peminta sedekah dan penari ketika mengikuti pemuzik jalanan tempatan menghiburkan ahli rombongan di dalam bas.




0 comments:

welcome to my blog