Saturday, January 21, 2012

Izwan Pilus meninggal dunia al-fatihah

Penyanyi Izwan Pilus, 33 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pukul 6.15 petang tadi di Hospital Ampang. Maklumat tersebut disahkan oleh adiknya Aril sebentar tadi menerusi Twitter. Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah (sepsis) yang serius.

Izwan dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira jam 12.30 malam kelmarin selepas mengalami demam kuning.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hadapan ibu-bapanya, Normah Abdullah (ibu), Pilus Mohd Jani (ayah), Aril, Khirul Aida (kakak), Nurul Nabilah (adik bongsu) serta saudara maranya serta beberapa rakan baik.

Penyanyi itu lahir pada 24 November 1979. Jenazah, dibawa pulang ke Melaka malam tadi dan akan dikebumikan diTanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Jasin Melaka, jam 10 pagi ini.

Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak penghujung November tahun lalu selepas mengalami masalah deman berpanjangan dan pihak hospital mengesahkan terdapat jangkitan kuman dalam darah.

Izwan anak kedua daripada empat beradik juga abang kepada penyanyi Aril bintang AF7, bagaimanapun didapati sihat selepas dibenarkan keluar hospital sebelum keadaan kesihatannya kembali terjejas sejak 2 minggu lalu.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.





0 comments:

welcome to my blog