Menurut laman web 60 Second Marketer, terdapat 7 ayat yang boleh kita gunakan bagi menarik perhatian pembaca, dan mencipta persepsi yang baik terhadap entri yang diterbitkan. Secara tidak langsung, meningkatkan peluang untuk menjadikan entri ini sebagai entri viral.
1. Percuma – Manusia suka pada benda percuma. Lebih banyak kita berikan barang percuma kepada pembaca, lebih tinggi penghargaan mereka terhadap blog kita. Contoh entri adalah seperti, “15 Kaedah Percuma Untuk Membuatkan Pelanggan Mencintai Bisnes Kita.”
2. Jimat – Jimat merupakan ayat yang dapat mempengaruhi pembaca menerusi minda separuh sedar. Mereka akan meletakkan perspektif yang bagus terhadap entri yang mempunyai ayati ini. Sebagai contoh, “Bagaimana Menjimatkan Bil Telefon Bimbit Sebanyak RM300 Setiap Bulan”
3. Jamin – Menurut Carmine Gallo, apabila wujud ayat jaminan, ia dapat meningkatkan 20% rasa minat untuk mengetahui maklumat lanjut, atau mendorong untuk melakukan sesuatu. Contohnya, “Saya Jamin Cara Ini Dapat Membantu Anda Buat Duit Dengan Blog.”
4. Baru – Baru adalah perkataan yang dapat memaparkan inovasi baru dalam topik yang dibicarakan. Sebagai contoh, “Cara Baru Untuk Memikat Gadis Akhirnya Terbongkar.”
5. Terbukti – Ayat ini dapat menjadikan pembaca bermotivasi untuk membaca entri blog kita. Contoh tajuk, “10 Kaedah Terbukti Berkesan Untuk Buat Duit Di Internet.”
6. Selamat – Ia dapat mencerminkan entri yang baik, khususnya di mata pembaca yang mempunyai minda yang negatif. Contoh tajuk, “Membina Backlink Pantas – Cara Selamat dan Mudah Diaplikasi”
7. Mudah – Mudah dapat menimbulkan kontroversi dan perspektif baru di mata pembaca. Manusia suka pada perkara-perkara yang mudah dilakukan. Antara tajuk yang dapat memikat hati mereka adalah, “Tip Mudah Untuk Menjadi Penulisan Jutawan.”
Apabila ingin menulis tajuk entri blog menggunakan ketujuh-tujuh ayat di atas, pastikan kita tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada pembaca. Ia adalah satu tindakan yang berisiko. Apabila kepercayaan mereka sudah retak, yakni mereka mendapati entri blog kita tidak mempunyai maklumat seperti tajuk, maka kesetiaan pembaca akan pudar.
0 comments:
Post a Comment