Baju kebaya dikatakan satu warisan melayu yang mahu dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman. Pelbagai aktiviti mahupun kempen diadakan bagi memupuk jiwa kekebayaan dalam diri rakyat Malaysia. Jelaslah, pemakaian kebaya diterima dan disambut meriah oleh semua golongan terumata golongan remaja.
Baju kebaya kerap kali diperagakan ketika hari raya ataupun event-event yang memerlukan seseorang itu menyerlah dan menjadi tumpuan ramai. Selalunya setiap perempuan yang merasakan dirinya cantik mempunyai sekurang-kurangnya sepasang baju kebaya.
Soalnya disini, adakah budaya yang mahu dipelihara ini betul-betul berguna bagi masyarakat? Jika dari segi kebudayaan, memang ianya satu unik dan menarik untuk dipamerkan, dari segi coraknya mahupun tarikan seksualnya bagi lelaki.
Pakaian sendat yang menampakkan kemontokan tubuh badan yang gebu lagi masam itu jelas memainkan watak penting dalam merosakkan iman si pemerhati. Jika dilihat, pemakaian kebaya itu lebih berkesan jika dipakai secara ketat sehingga susah nak bernafas bagi menyesuaikan diri kepada si pemakai. Lebih ketat, lebih Ummph.
Tidak cukup dengan itu, selalunya pemakaian kebaya ini disesuaikan dengan kain yang jarang supaya menampakkan bahagian dalam yang sememangnya diingini bagi setiap yang bernama lelaki. Walaupun jarang, tetapi selalunya kebaya dikenakan dengan pakaian dalam kononnya dapat menutup apa yang tersirat.
Bertepatan dengan proses pemodenan, pemakaian batik juga harus disesuaikan dengan fesyen tidak bertudung anak gadis zaman sekarang. Jadi, alang-alang tidak bertudung, kain kebaya dicarik-carik bagi menampakkan betis yang putih mahupun yang hitam. Jadi, lengkaplah pakej pemakaian kebaya moden malaysia.
Apa relevannya pemakaian seperti ini dipelihara? Adakah kerana semata-mata mahu mengagungkan budaya sampaikan menolak syarak.
2 comments:
serius setuju dengan ko punye artikel, orang islam melayu ni banyak sangat adab dan budaya yang bercanggah ngan islam, certain2
begitulah org kita skrng..terpengaruh budaya barat
Post a Comment